DOA-DOA DALAM BULAN RAMADHAN




Dari Abdullah bin 'Amr r.a.. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Hari Pertama

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan
ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan
jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai
Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun
daripada segala dosa."

Hari Kedua

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada
kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat
Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan
serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian
ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai
Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu
dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan
kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon
keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di
kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam

"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu
dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada
sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan
bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk
mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak
yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia,
dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan

"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju
keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan
jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah,
jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu
wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas

"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan
kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan
ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan
Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah
diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di
jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap
perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas

"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah
kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah
kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik,
dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas

"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.
Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan
diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai
kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang
khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan
keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas

"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan
seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang
yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke
alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta
cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa
ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam
hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan
keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku
secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti
segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas

"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi
ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada
ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku
pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca
ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah
engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat
tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku
keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang
mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas,
wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga

"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku
daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai
pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan
Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan
kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu
serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima

"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi
musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam

"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri,
dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan
yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai
Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh

"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada
ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku
dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang
kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan

"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku
dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak
disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan

Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk
serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih
kepada hamba yang beriman.