PERSOALAN HUKUM - SAMAK RUMAH & PENGGUNAAN KULIT BINATANG DALAM PEMBUATAN BARANGAN


Salam.

Soalan asal dari Rakan soal jawab Agama & Artikel Dakwah (Mortgage
Operations Central Region)

Ya Ustaz, salam.........

Katakan lah kita membeli rumah yang diduduki kaum china atau bangsa lain
yang memakan babi/anjing. Bagaimanakah cara samak yang boleh dilakukan secara paling menyakinkan sebab mungkin banyak yang perlu disamak termasuklah dinding.

Bagaimana pendapat ustaz tentang sofa yang diperbuat dari kulit (biasa nya
ekspot dari luar negara). jika binatang tersebut tidak disembelih (contoh:
sofa leather) adakah dikira boleh digunakan sebagai kita org Islam.

Jawapan :

Soalan 1 :

Sebuah rumah yang dibeli atau disewa oleh seorang muslim yang mana pemilik
sebelumnya ialah seorang Non muslim yang memelihara anjing ataupun tidak di
rumah tersebut. PERSOALANNYA adakah wajib DISAMAK satu rumah????

Persoalan ini hendaklah difahami berdasarkan beberapa konsep, antaranya :-

1) KEYAKINAN

Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak atau keraguan. Adakah kita
yakin bahawa seluruh rumah itu telah di jilat oleh anjing?????

2) TIDAK NAMPAK

Benda yang berada diluar Ilmu & penglihatan kita adalah dimaafkan. Kita
tidak tahu di mana anjing tersebut berada & di mana pula tempat2 yang telah
di jilat oleh anjing.

3) PERBEZAAN PENDAPAT ULAMAK (KHILAFIAH)

Wujud perbezaan pendapat para ulama tentang kenajisan anjing. maka pilihlah
pendapat yang mudah dan sesuai untuk diamalkan.

Macam ni lah sahabat, kalau berdasarkan konsep ini, tidak salah untuk kita
membersihkan rumah yang baru diduduki, sudah tentu rumah tersebut akan
kotor, bersepah, berdebu & sebagainya. Maka ambillah kesempatan ini untuk
membersihkan rumah tersebut. Kalau perlu dibasuh tempat2 yang mungkin
menjadi jilatan anjing, sila kenal pasti berdasarkan Ilmu & logik akal.

Cara menyamaknya juga terdapat khilaf di antara mazhab... tapi di sini saya
syorkan pendapat yang paling Rajih (tepat) iaitu dibasuh dgn 7 kali & salah
satunya dgn menggunakan AIR TANAH, banyak riwayat menceritakan tentan cara2
menyamak & juga bilangannnya... Basuhan pertama ialah dgn menggunakan air
tanah & di ikuti dengan 6 kali air biasa.

Tapi di zaman moden ni kalau susah sgt nk dptkan tanah, maka boleh lah
digantikan dengan SABUN KHAS yang diperbuat dari tanah walaupun
kandungannya bukan 100% tanah. Ini berdasarkan keputusan dari Majlis Fatwa
Kebangsaan yang membenarkan pengunaannya.

Maksud ayat saya di atas supaya menggunakan ilmu & akal ialah spt contoh...
takkan syiling, kipas angin,dinding, tombol pintu pun ataupun tmpt2
tertentu hendak di samak juga kerana dikhuatiri terkena jilatan
anjing??????

Soalan 2 :

Mengenai Penggunaan kulit binatang dalam pembuatan Sofa, kenapa hanya sofa?
adakah ia di samak mengikut ajaran Islam (x kiralah barangan keluaran dalam
negara atau pun luar negara), macam mana pula dengan hand bag, seluar,
baju, tali pinggang, kasut & sebagainya....perkara ini memerlukan
perbahasan panjang yang memungkinkan saya menghuraikannya hampir 1
hari...Ada banyak hadis & pendapat ulamak yang membicarakan perihal
penggunaan barangan dari kulit binatang ni. Anda boleh rujuk pada
Ustaz-ustaz di Affin Islamic Bank (lebih arif) atau mana2 guru agama, saya
hanya boleh menghuraikannya secara ringkas & lebih kurang aje (cincai),
kemampuan ilmu saya terbatas..maafkan saya

Adakah kita yakin semua barangan kulit yang kita pakai tu suci & boleh
digunakan? x kan lah setiap kali nak beli barangan kulit, kita akan membuat
siasatan dalaman dengan pihak pengeluar barangan terbabit atau atau pun
dengan pihak pengurusan pusat beli belah terbabit, contohnya kulit binatang
apa, bila sembelih, kulit ni dah di samak ke x, binatang halal ke x halal
atau bermacam2 jenis soalan lain. Memang lah Agama Islam mementingkan
kesucian sesuatu barangan itu lebih2 lagi kalau ianya digunakan untuk
beribadat...tetapi x lah sampai begitu detail...Islam tidak menyusahkan
penganutnya sampai begitu sekali.Kita ada Persatuan2 yang menjaga
kemaslahatan umat2 Islam seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) &
sebagainya, mereka ini lah yang memantau setiap barangan bagi kegunaan umat
Islam di Malaysia. X pernah lagi saya jumpa sofa di kedai2 perabut yang
ditandakan dengan tanda "NON HALAL"..maka apa yang saya boleh bggtahu ialah
Sofa itu boleh digunakan tanpa was-was....ada pendapat ylamak yang
menyebut...kalau kita meragui atau pun was-was kepada sesuatu perkara (x
kira makanan atau benda), maka ketika itu jatuhlah hukum HARAM ke atas
dirinya.

Perasaan was-was mesti ada pada setiap orang Islam tetapi biarlah kena pada
tempatnya, memanglah ada barangan yang diperbuat daripada kulit babi tetapi
peratusannya x berapa tinggi sgt, itu saya x nafikan. Kalau nak di kira
memang ada dijual barangan2 dari kulit babi seperti hand bag & kasut...tapi
saya rasa ramai yang dah tahu bagaimana nak kenal cara/jenis kulit babi
ini, ada yang kata kulit babi ada 3 titik dekat2..Wallahu A'lam...anda kena
lah rujuk pada pihak yang berwajib...saya x berapa pasti kesahihannya.

Menurut pendapat yang ashah, ketika menyamak kulit binatang tidak wajib
dibasuh dengan air. Oleh itu, sunat sahaja ketika menyamak kulit itu
disertai dengan air. Dalam hal ini apabila kulit berkenaan selesai disamak
maka harus ia diperjualbelikan, walaupun ia tidak dibersihkan dengan air.

Akan tetapi dalam masalah menggunakannya untuk kepentingan ibadat
sembahyang, seperti dibuat pakaian untuk menutup aurat dan seumpamanya,
ataupun untuk kegunaan menyimpan barang yang basuh seperti air dan
seumpamanya, tidak harus menggunakan kulit yang telah siap disamak bagi
tujuan-tujuan tersebut (untuk dibawa sembahyang dan menyimpan benda yang
basah) melainkan setelah dicuci dengan air, walaupun ia disamak dengan
bahan yang suci, apatah lagi jika kulit itu disamak dengan menggunakan
bahan penyamak yang najis, kerana kulit yang telah disamak itu diumpamakan
seperti pakaian yang terkena najis.

Penggunaan kulit binatang yang telah disamak adalah diharuskan dalam Islam
sama ada dijadikan kasut, pakaian atau sebagainya. Walaubagaimanapun perlu
diingat bahawa kulit anjing dan babi adalah tidak harus dimanfaatkan
walaupun sesudah disamak.

Seperti yang sudah dimaklumi bahawa anjing dan babi itu keduanya adalah
najis mughallazah (najis berat). Selain ditegah memakan daging babi dan
anjing, ditegah juga memanfaatkan segala anggota binatang itu seperti
kulit, bulu dan sebagainya, kerana babi dan anjing itu sendiri adalah najis al-‘ain.)

Memandangkan kepentingan penggunaan barangan yang diperbuat daripada kulit
di mana setengahnya dianggap sebagai keperluan seharian, tidak hairanlah ia
menjadi sumber ekonomi bagi sesetengah pihak. Banyak barang-barang yang
diperbuat daripada kulit yang boleh kita lihat di pasaran seperti kasut,
beg, dompet, baju, tali pinggang dan sebagainya dengan pelbagai jenama dan
kualiti yang berbeza-beza. Sudah tentu juga ia diperbuat daripada kulit
binatang yang berbeza. Malahan terdapat sesetengahnya diperbuat daripada
kulit yang najis iaitu kulit anjing dan babi.

Oleh itu, setiap umat Islam perlu berhati-hati dalam memilih keperluan
masing-masing. Pastikan pilihan kita bukan daripada kulit yang najis itu,
selalunya barangan yang diperbuat dari kulit binatang yang tidak halal akan
diletakkan berasingan atau pun sudut yang lain daripada barang-barang yang
lain. Islam meletakkan apa jua perkara yang kita x tahu adalah dimaafkan
TETAPI kenalah belajar melalui guru agama2 atau pun kuliah2...x kan lah
asyik nak guna pakai alasan x tahu aje..sampai bila?????

Tujuan menyamak ialah untuk menyucikan kulit yang najis (bangkai). Hukum
menyamak kulit adalah harus.

Menyamak tidak tertentu kepada orang Islam sahaja bahkan orang kafir pun
boleh menyamak asalkan ia mengikut cara yang dilakukan oleh orang Islam.

Hubungan menyamak kulit dengan kehidupan manusia: Untuk menambahkan ekonomi
bagi mereka yang melakukannya & untuk mengelakkan daripada berlakunya
pembaziran.

Hanya kulit sahaja yang boleh disamak, tidak boleh pada kuku, gigi dan
tulang.

Takrif dan pengenalan bangkai :

Binatang yang halal dimakan yang mati tidak disembelih mengikut cara-cara
Islam. Binatang yang haram dimakan yang mati sama ada disembelih atau
tidak, tetap ia menjadi bangkai.

Binatang-binatang yang mati termasuk dalam jumlah bangkai:-

Binatang yang disembelih dengan menggunakan tulang. Binatang yang
disembelih oleh orang Majusi (orang yang menyembah api) Sembelihan
orang-orang yang berihram (Ihram haji atau umrah)

Binatang yang tidak suci kulitnya walaupun disamak, iaitu Babi, Anjing,
Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan di antara anjing dan babi ,

Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan binatang yang halal dengan anjing
atau babi.

Alat-alat yang digunakan untuk menyamak kulit iaitu sesuatu yang tajam
rasanya atau kelat seperti tawas, cuka, asam, limau dan sebagainya.

Cara menyamak kulit binatang :

Terlebih dahulu hendaklah disiat kulit binatang daripada anggota badan
binatang (setelah disembelih). Dicukur semua bulu-bulu dan dibersihkan
segala urat-urat dan lendir-lendir daging dan lemak yang melekat pada
kulit. Kemudian direndam kulit itu dengan air yang bercampur dengan
benda-benda yang menjadi alat penyamak seperti asid dan bahan kimia
sehingga tertanggal segala lemak-lemak daging dan lendir yang melekat di
kulit tadi. Kemudian diangkat dan dibasuh dengan air yang bersih dan dijemur.

Kulit yang disamak itu haram dimakan kerana boleh mendatangkan mudarat pada
anggota badan manusia.

Maksud perkataan suci zahir dan batin pada menyamak kulit binatang:

Suci pada zahir itu ialah ialah sebelah luar tempat tumbuh bulu yang telah
dicukur dan kulit itu melekat pada daging. Suci pada batin ialah di sebelah
dalam kulit yang bermakna kulit itu dibelah maka bekas belahan itu suci.

Bulu-bulu binatang yang telah disamak dan terlekat pada kulit kiranya
sedikit adalah dimaafkan.

Maaf kalau penerangan saya tidak berapa lengkap disebabkan ruangan & masa
yang terhad serta keterbatasan ilmu yang saya ada.


Wallahu Ta'ala A'lam