PERSOALAN AGAMA - HURAIAN TENTANG ILMU TASAUFF


Salam

Soalan asal dari Rakan Soal Jawab Agama & Artikel Dakwah (Trade Finance
Centre)

Salam Tuan Sheikh,

Kenapa bila saya kemukakan pasal pengajian tassauf dengan sahabat handai,
Ramai yang mengatakan kalau silap bawa Ilmu ni, seseorang itu akan menjadi
gila. Setahu ana erti Tassauf ialah menyucikan hati.

Tolong Sheikh jelaskan .

Jawapan :

Salam pada yang bertanya. Bila masa lah pulak saya dapat gelaran baru
ni..... tinggi sangat tu..saya ini Insan biasa yang x lari dari melakukan
kesalahan pada setiap masa & tempat...(Sheikh tu adalah Gelaran untuk
Pensyarah2 di Universiti Al Azhar)….dah bermacam2 gelaran saya dapat..ada
yang panggil Ustaz, Haji, Ustaz Rock, Ustaz Jahat, M Rajoli (kejap alim
kejap gatal) & sebagainya..x kiralah gelaran apa pun yang saya dapat….janji
persahabatan & perkongsian Ilmu sesama rakan dapat saya teruskan.

Pertama sekali saya nak menyusun sepuluh jari..memohon maaf pada semua
sahabat sebab saya x berapa pandai nak menghuraikan pasal bidang pengajian
tasauf ni, kerana dah lebih 23 tahun ianya telah ditinggalkan& dah berapa
nak ingat macam mana nak ulas & huraikannya. Saya ni memang mudah
lupa...Ilmu tanpa amal memang sia-sia, begitu jugak lah dengan diri saya.
Untuk makluman semua sahabat, bukan x nak ulas tapi konsepnya,
pengertiannya serta kupasannya akan membuatkan sesetengah golongan akan
berasa mamai & pening...padahal ini lah ilmu yang pertama sepatutnya kita
semua belajar selepas Al Quran, lagi pun kupasannya amat panjang & boleh
dibuat sebuah buku....saranan saya, carilah guru yang Mursyid yang pakar
dalam bidang ni...sekadar sebaris dua tu, Insya Allah saya akan cuba
setakat yang saya ingat....

Selalunya Inbox email2 saya hanya akan dipenuhi dengan persoalan2 yang
berkaitan dengan hukum2 fiqah & Isu2 kontemporari saja, ini adalah kali ke
3 saya ditanya dengan persoalan dengan Ilmu Tasauf (seingat saya dulu ada
staff mortgage pernah bertanyakan pasal ni- 5 tahun lepas). Pertama sekali
saya di tanya berkaitan Ilmu tasauf ialah pada tahun 2000 semasa di
Temuduga & di Soal Jawab oleh Pegawai2 Jabatan Agama Wilayah Persekutuan
(JAWI), kerana telah di pilih oleh Penduduk2 setempat sebagai Pengerusi di
salah sebuah Surau di Kuala Lumpur ni (orang bujang Pertama yang di Lantik
untuk jawatan itu... dalam rekod JAWI), selalunya orang2 yang dah bersara
aje atau pun di kalangan Ustaz2 saja yang dipilih…mungkin sebab itulah saya
terpaksa di temuduga & di soal jawab oleh Ustaz-ustaz di JAWI tentang latar
belakang pendidikan Agama saya…..macam nak mintak kerja di JAKIM lah pulak,
berpuluh soalan saya kena jawab & diuji…. Itulah Amanah yang terlalu besar
& berat yang terpaksa saya galas pada waktu tersebut.

Memang dari dulu lagi saya pernah dengar tentang ayat tersebut, belajar
tasauf, kalau x pandai bawa ilmu, boleh jadi GILA ISIM, ada betul & ada x
betulnya dengan kenyataan tersebut. Apa-apa ilmu pun kalau x belajar dari
asas memang lah payah, sebagai contoh, katakan anda berumur 8 tahun
(belajar akademik), tup tup tiba2 anda terus nak ambil exam Peringkat
Master...memang lah boleh jadi gila..otak budak nak berfikir macam orang
dewasa.yang berumur 25 tahun....mmg x boleh sebab telah melangkaui
pemikiran & silibus/sukatan mata pelajaran yang patut anda pelajari (UPSR,
PMR, SPM, STPM, A LEVEL, DIPLOMA, DEGREE) x sempat pun nak belajar
pun...lps tu terus nak ambik peringkat Master...masa tu lah otak kita nak
berperang dengan bermacam persoalan...stress..stress...stress...akhirnya
otak x dapat nak berfikir..terus nak mengamuk x tentu pasal. Ada juga
kawan2 saya yang sama2 belajar jadi macam tu..umur tgh meningkat
remaja…tiba2 x tahu nak berfikir secara waras..semua perkara dia campur
adukkan…. tapi Alhamdulillah dah normal kembali selepas berubat. Itu
pengalaman saya lah...mungkin ada yang x betulnya...mohon diperbetul & di
tegur oleh kawan-kawan yang lebih berilmu.

Dahulu sebelum berkecimpung ke dalam bidang tasauff (zaman remaja), saya
tidak tahu apakah sebenarnya ilmu tasauff ini, pernah juga terdengar dari
mulut orang yang berbicara bahawa tasauff ini adalah ilmu yang sangat
tinggi, sehingga sukar untuk difahami oleh orang awam apatah lagi saya pada
masa tu adalah seorang remaja yang sedang nak mempelajari cara-cara nak
mengorat seorang gadis..he he he. Adakalanya, ada yang beranggapan kita
boleh jadi gila isim kalau belajar ilmu tasauff ini, tapi bagaimana dan
mengapa tanggapan itu boleh timbul, saya sendiri pun tidak pasti. Setahu
saya, ada sesuatu yang menarik saya untuk mempelajari ilmu tasauff ini,
maka saya pun menceburinya lah jugak sekadar suka-suka saja. Orang yang
mula-mula membawa saya belajar bidang ini ialah guru saya sendiri iaitu
Ustaz Haji Ibrahim Mahmood. Tarikh keramat yang saya masih ingat sampai
sekarang iaitu pada 29/07/1987, tarikh yang mana menemukan saya dengan
Mudir / Pengasas Sekolah Pondok (Madrasah Al-Funnuniah Al-Tunjunniah) yang
membawa saya kepada pengenalan Ilmu tersebut, banyak Ilmu yang yang saya
dapat timba dari beliau...bukan setakat Ilmu je dapat, hadiah lain juga
dapat setiap hari seperti pelempang, rotan & cubitan, yang saya boleh
cakapkan ialah x terhitung jumlahnya semasa saya belajar hampir 4 tahun di
sana (itu pun part time belajar bukannya full time sebab saya bersekolah
menengah aliran akademik), (Tuan Guru kesayangan saya telah kembali ke
Rahmatullah pada 14/08/2002), semoga Allah tempatkan Rohnya dikalangan
orang-orang yang beriman.

Bermulanya saya dengan ilmu tauhid, Ilmu yang paling tinggi dan paling aula
dipelajari. Ianya Fardhu Ain bagi orang yang mukallah iaitu

1. Islam
2. Berakal
3. Baligh

Sejenak kita mengenali apa itu yang dinamakan Islam, berakal dan baligh

- Tanda-tanda seseorang itu islam adalah pada rukun islam yang pertama
iaitu Syahadah. Bilamana seseorang itu mengucap 2 kalimah syahadah, dan
mengetahui akan maksudnya serta memahami, maka Islamlah dia.

-Tanda-tanda seseorang itu berakal, adalah bilamana dirinya mampu untuk
membezakan diantara yang baik dengan yang jahat.

-Tanda-tanda seseorang itu baligh, saya rasa kita semua sudah sedia
maklum..x payah nak hurai lagi lah

Jikalau kita memiliki akan ketiga-tiga ciri-ciri di atas, maka diwajibkan
ke atas kita kewajipan untuk mempelajarinya..Ianya WAJIB. Lalu saya pun
terus mempelajari ilmu tauhid dalam masa yang sama saya sedikit demi
sedikit mula mengenali tasauff.

Mungkin ketika itu saya sungguh teruja untuk mempelajari tasauff tapi di
atas saranan dan nasihat guru saya, maka saya dahulukan mempelajari Ilmu
usuluddin (Lepas tu sambung di UM ).Ilmu tauhid ini begitu menarik untuk
dipelajari, mungkin ada sesetengah pendapat berfikiran, ilmu usuluddin ini
memakan masa terlalu lama untuk mempelajarinya, namun pada saya dengan guru
yang betul2 ahli dan dengan ketekunan dan kesungguhan, hanya mengambil masa
2 bulan untuk habis (kalau full time lah- 14 jam sehari)..

Ilmu usuluddin ini dipecahkan kepada 3 peringkat

1- Usuluddin mubtadi

2-Usuluddin mutawwasit

3-Usuluddin Muntahi

Usuluddin mubtadi juga dinamakan sebagai usuluddin peringkat rendah, cukup
mengetahui akan 50 aqidul Iman beserta dengan dalil-dalil aqli serta naqli

Usuluddin metawwasit pula dinamakan sebagai usuluddin peringkat
pertengahan, pada peringkat ini, akan di ajarkan keseluruhan sifat wajib
bagi Allah menjadi 4 bahagian sifat iaitu sifat nafsiah, sifat salbiah,
sifat maani dan sifat maanawiyah… dari situ maka akan mudah lagi untuk
mengetahui Esanya Allah pada sifat dan kaitan dengan afaal Allah.

Usuluddin Muntahi pula dinamakan sebagai Usuluddin Peringkat tertinggi. Di
peringkat ini akan diajarkan apakah yang dinamakan sifat istighna dan
iftikar Illaihi, serta diajarkan Usuluddin secara tafsilli.

Mungkin ada yang tidak percaya ianya mampu untuk dipelajari dalam masa 2
bulan, tetapi kaedah mempelajarinya bukanlah sepertimana di Universiti
tetapi ianya dengan kaedah Traisional, mempelajarinya dengan bertentang 4
mata diantara pelajar dengan guru (menadah kitab)…tetapi kaedah sebegini
tiada sijil ataupun pengiktirafan dari mana-mana pihak, tetapi ilmu yang
terdapat didalamnya sukar untuk disesatkan kerana ianya memang telah di
skemakan diserata dunia, namun kaedah mempelajarinya sahaja yang mungkin
berbeza.

Maka selepas Ilmu tauhid, saya mula berjinak-jinak sedikit demi sedikit
dengan Ilmu tasauff, Ilmu tasauff sebenarnya adalah suatu wadah didalam
menjelaskan akan ihsan terhadap Allah. Pada dasarnya ianya wajib dipelajari
oleh Umat Islam, kerana Ihsan itu adalah sebahagian dari rukun agama. Iman,
Islam dan Ihsan. Namun sejak akhir-akhir ini, Ihsan ini semakin disalah
ertikan oleh masyarakat, sukar untuk mencari mereka yang memahami akan
kepentingan Ihsan, adakalanya “Ihsan” itu pun tidak pernah didengari.
silibus pelajaran di sekolah pun tidak dititik beratkan, mungkin ada
pemikir-pemikir Islam yang berpendapat ilmu Ihsan ini sukar untuk difahami,
dengan itu ianya tidak perlu diletakkan didalam silibus matapelajaran di
sekolah mahupun di Universiti.

Sepanjang pembelajaran saya, Ilmu tasauff ini bukanlah seperti yang
diketahui Umum, dengan guru yang betul serta ikhlas, Insya Allah ianya amat
mudah difahami. Jikalau tiada Ilmu tasauff ini, sukar untuk saya memahami
akan IHSAN itu sendiri…

Ihsan itu adalah beribadat lah kamu Seolah-olah kamu melihat Allah, jika
tidak mampu yakinlah Allah melihat kamu.

Kedudukan Tasauf Dalam Islam

Zaman berzaman berlalu, di mana ilmu tasauf terus mengibarkan sayapnya
dalam memainkan peranannya dalam pembentukan umat Islam yang mantap.
Walaupun dalam masa yang sama, tasauf juga sering mendapat tentangan yang
hebat samada daripada musuh-musuh Islam mahupun dari kalangan umat Islam
sendiri.

Jika direnung semula, kita akan dapati bahawa, ada di kalangan umat Islam
yang menentang tasauf berdasarkan beberapa faktor antaranya: jahil tentang
hakikat tasauf, dengki terhadap gerakan tasauf ataupun tidak mahu mengambil
manfaat daripada ilmu tasauf itu sendiri kerana cintakan keduniaan dan
sebagainya.

Jadi, huraian ini akan cuba untuk menjelaskan secara ringkas mengenai
hakikat tasauf dalam beberapa siri Pengenalan Tasauf agar
(sekurang-kurangnya) golongan yang jahil tentang tasauf mendapat imformasi
yang jelas tentang apa itu tasauf?

Semoga perbincangan ini dapat di manfaatkan oleh sesiapa yang jujur dalam
mencari hakikat sebenar Tasauf dalam Islam.

Fasal 1: Kedudukan Tasauf dalam Islam

Apabila kita membincangkan mengenai tasauf, perlulah kita ketahui terlebih
dahulu beberapa persoalan penting iaitu, adakah tasauf merupakan suatu
intipati dari ajaran Islam?

Jawapan:
Ya, tasauf merupakan intipati ajaran Islam berdasarkajn beberapa aspek:

Pertama: Tasauf merupakan antara intipati risalah Islam

Rasulullah s.a.w. merupakan utusan Allah s.w.t. yang berperanan untuk
menjelaskan hukum-hakam Islam, menpraktikkan perundangan dan hukum Islam
dalam masyarakat dan mendidik jiwa manusia (tazkiyah an-nufus) agar
berakhlak dengan akhlak yang mulia

Setelah kewafatan Baginda s.a.w., para khalifah Islam memainkan peranan
yang telah dimainkan oleh Rasulullah s.a.w. Namun, setelah zaman khulafa'
Ar-Rasyidin, khalifah-khalifah Islam tidak mampu lagi berperanan dalam
menjelaskan hukum-hakam Islam dan mendidik jiwa umat Islam.

Ini kerana, kebanyakan khalifah-khalifah Islam tidak lagi menguasai
ilmu-ilmu untuk mengeluarkan hukum Islam dari Al-Qur'an dan As-Sunnah,
seterusnya tidak mampu juga untuk menjelaskan mengenai hukum syariat Islam
dengan jelas. Maka, timbullah golongan fuqaha' yang mengambil peranan dalam
menjelaskan hukum-hakam Islam kepada masyarakat. Golongan tersebut
mendalami ilmu Fiqh dan Usul-Fiqh sebagai dasar untuk mengeluarkan
hukum-hukum Islam dari Al-Qur'an dan As-Sunnah dan menjelaskan kepada
masyarakat mengenai syariat Islam.

Adapun dalam bidang pendidikan jiwa pula, maka timbullah suatu golongan
yang lain, yang mengambil peranan dalam mendidik jiwa umat Islam dengan
pendidikan akhlak yang mulia. Golongan tersebut pada mulanya dikenali oleh
golongan zuhhad (orang-orang zuhud) dan kemudiannya lebih dikenali dengan
golongan sufiyah (orang-orang sufi). Pendidikan jiwa dan akhlak yang
dilaksanakan oleh mereka pula lebih dikenali dengan ilmu Tasauf.

Maka, hal ini jelas bahawa, tasauf merupakan antara intipati risalah Islam
yang mana, ianya juga termasuk dalam bidang tugas Rasulullah s.a.w. dalam
menyebarkan risalah Islam. Ini kerana, antara intipati ajaran Islam ialah,
penyucian jiwa dan tasauf merupakan manhaj penyucian jiwa yang diamalkan
oleh golongan sufi dalam membersihkan jiwa umat Islam.

Kedua: Tasauf merupakan antarqa rukun agama Islam

Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. :
Yang bermaksud: "… berkata pemuda itu kepada Rasulullah s.a.w.: " beritahu
saya tentang apa itu Islam?"…Sehinggalah pertanyaan yang ketiga di mana
pemuda itu bertanya: "beritahu aku tentang ihsan?" Rasulullah s.a.w.
menjelaskan bahawa, ihsan ialah, bahawasanya kamu menyembah Allah s.w.t.
seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, ketahuilah
bahawa Dia melihat kamu". (Muttafaq 'alaihi)

Dalam hadis tersebut Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa, rukun agama ada
tiga iaitu: Iman, Islam dan Ihsan. Adapun tasauf tidak lain dan tidak bukan
ialah perbahasan mengenai Ihsan itu sendiri. Ilmu tasauf membincangkan
mengenai bagaimana untuk menyempurnakan amalan seseorang muslim, yang mana
ianya merupakan ilmu tentang perbahasan Ihsan yang dimaksudkan di dalam
hadis tersebut.

Ketiga: Tasauf merupakan hakikat bagi Syariat Islam

Berdasarkan hadis tersebut, Islam merupakan peringkat amalan yang zahir,
dalam bentuk ibadat, pergaulan dan sebagainya yang mana tempatnya ialah
pada anggota zahir manusia. Adapun perbincangan mengenainya dibincangkan
dalam ilmu Fiqh dan ianya dikenal juga sebagai Syariat.

Manakala, perbahasan iman, merupakan perbahasan tentang kepercayaan hati
seseorang, samada keimanan kepada Allah s.w.t., para Rasul-Nya a.s. dan
perkara-perkara yang ghaib yang lain. Ilmu tersebut dibincangkan oleh para
ulama' ilmu Tauhid.

Adapun Ihsan, ianya merupakan perbincangan dari sudut kerohanian manusia di
mana letaknya di hati rohani manusia. Ia membincangkan mengenai perasaan
manusia dalam bermuamalah dengan Allah s.w.t. dengan adab-adab dan
akhlak-akhlak yang mulia. Ia juga membincangkan mengenai perkara-perkara
yang lahir dari hasil berbaik hubungan dengan Allah s.w.t. samada dalam
bentuk perasaan (azwaq) maqom (kedudukan kerohanian seseorang) dan
sebagainya. Inilah yang dipanggil sebagai hakikat.

Untuk menjelaskan tentang hubungan antara Syariat dan Hakikat, saya bagi
contoh iaitu solat.

Solat secara syariatnya (atau secara zahirnya) merupakan
pergerakan-pergerakan khusus seperti mengangkat takbir, ruku' sujud dan
sebagainya. Adapun hakikat (atau batinnya) bagi solat ialah, khusyuk, atau
rasa kehadiran hati dalam mengingati Allah s.w.t

Solat yang didirikan secara zahir dipanggil syariat dan khusyuk merupakan
hakikat ibadah solat tersebut. Ibadah solat zahir tanpa khusyuk bererti,
ibadah tersebut mati tanpa roh atau hakikat. Manakala, tiada hakikat tanpa
syariat. Ini kerana, syariat perlulah sejajar dengan Syariat.

Maka, untuk mendapat kelazatan dalam beribadah, perlulah disertai dengan
hakikat ibadah itu sendiri, iaitu, rasa kewujudan Allah s.w.t. yang
memerhati kita, dalam hati kita. Untuk mendapatkan perasaan tersebut,
perlulah dengan toriqah. Tariqoh ialah, melawan hawa nafsu, membuang sifat
yang buruk dan berakhlak dengan akhlak yang mulia

Maka, kesimpulannya:

Syariat: Asas

Toriqah: Jalan

Hakikat: Hasil

Maka, tasauf merupakan ilmu yang membincangkan jalan untuk sampai kepada
hakikat ibadah. Demikianlah sedikit sebanyak penjelasan tentang kedudukan
tasauf dalam Islam. Jelaslah kita bahawa, tasauf merupakan intipati dari
ajaran Islam dan ianya juga merupakan proses penyempurnaan ibadah seseorang
manusia dan proses pendidikan jiwa supaya manusia beradab kepada Allah
s.w.t.

Wallahu Ta'ala A'lam.